Puzzle Hari Kebangsaan 2023 (Jalur Gemilang)

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah mengadakan satu aktiviti sempena Hari Kebangsan iaitu “Puzzle Hari Kebangsaan 2023 (Jalur Gemilang)”. Seramai lima orang pelajar yang terdiri daripada empat orang sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 10:00-11:30 pagi.

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Sebelum aktiviti menyusun puzzle dimulakan, para pelajar terlebih dahulu diperkenalkan dengan fakta-fakta penting yang mereka perlu tahu mengenai Jalur Gemilang.

Para pelajar sedia maklum bahawa setiap warna pada Jalur Gemilang mempunyai maksud tersirat, namun tidak semua tahu maknanya. Oleh itu, petugas menerangkan maksud setiap warna Jalur Gemilang kepada pelajar supaya mereka tahu lebih mendalam tentang warna-warna bendera kita. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan sejarah terciptanya Jalur Gemilang.

Aktiviti ini berakhir setelah semua pelajar menyelesaikan permainan puzzle yang telah disediakan oleh petugas PEDi. Pihak PEDi Spaoh berharap para pelajar yang menyertai aktiviti sempena bulan kebangsaan ini dapat meneruskan semangat cintakan pertiwi sehingga ke akhirnya dan mengamalkan nilai patriotisme dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali